TEMlYA YANG PEKAK DAN BISU

Mengapa Temiya Tidak Bercakap
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah kerajaan Kasi di India. Baginda sangat kaya serta mempunyai beberapa orang isteri, tetapi tidak mempunyai anak. Pada suatu hari, raja memerintahkan permaisuri-permaisuri baginda berdoa supaya dikurniakan anak. Tetapi walaupun mereka sudah menyembah bulan dan dewa-dewa yang lain, mereka masih tidak mendapat anak. Permaisuri pertama baginda yang bernama Canda Devi merupakan seorang yang sangat mulia. Pada hari bulan purnama, Canda Devi mematuhi ‘Lapan Sila’ dan berkata kepada dirinya, “Beta tidak pernah melanggar “ Sila-Sila ”, semoga dengan kebajikan ini, beta dikurniakan seorang putera.”

Permaisuri Canda Devi adalah seorang perempuan yang alim. Apabila baginda mengeluarkan kata-kata tadi, takhta Raja Sakka di kayangan iaitu raja .kepada dewa-dewi menjadi panas. Biasanya apabila seseorang melakukan seuatu perbuatan yang sangat baik, takhta Raja Sakka akan menjadi panas. Raja Sakka memenuhi permintaan Canda Devi dengan menghantar turun salah satu daripada malaikat-malaikat untuk menjadi puteranya. Anak ini tidaklah lain melainkan Bodhisatta kita. Raja Sakka juga menghantar lima ratus lagi malaikat melalui isteri-isteri orang bangsawan supaya mereka menjadi pelayan kepada Bodhisatta nanti.

Apabila Canda Devi melahirkan seorang putera, raja sungguh gembira. Pada ketika yang sama, lima ratus isteri orang-orang bangsawan tadi melahirkan anak yang akan membesar bersama-sama dan menjadi pembantu Bodhisatta. Bodhisatta diberi susu manis oleh empat puluh empat orang pengasuh yang cantik-cantik. Selepas menyerahkan pengasuh-pengasuh Bodhisatta kepada permaisuri, raja memberitahu permaisuri, baginda akan menunaikan apa saja permintaan permaisuri. Walau bagaimanapun, permaisuri belum lagi hendak meminta sesuatu, tetapi hanya menyimpan hasratnya di dalam hati.

Selengkapnya donwload materi

Share with your social media account !!!